Bermula Dairi hidupku :): Biar kita dipandang tinggi :)

Friday, 7 December 2012

Biar kita dipandang tinggi :)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

   Alhamdulillah, rasanya dah lama tak update blog. hmm maklum lah awal sem bermula, so semangat untuk mengejar dean list sentiasa bermain difikiran. lagi pun pepatah pernah berkata, tanpa usaha kita tak kan berjaya. ke ada manusia yang tanpa usaha dia boleh berjaya? tu mungkin kuasa allah, seorang dalam sejuta mungkin. Tapi mejoriti usaha itu tanda kejayaan :)

   0ke, tengok pepatah kat atas, dalam kehidupan kita ni, kita perlu ada impian dan impian tu mesti sentiasa bermain kat kepala kan? hee, maklum lah macam aku jugak. Sentiasa fikirkan untuk berjaya dalam kehidupan dan 'nak kaya'. wauu, nak kaya? hee. Siapa lah atas muka bumi ni tak idamkan semua ni kan.Tapi untuk kaya, kita kena kerja, tapi bila kita nak kerja, mesti kita gaji mahal kan? and nak gaji mahal? hee. kita mesti lah ada ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu yang kita ingin kan. Belajar sampai berjaya, jangan pernah give up untuk menoleh ke belakang, even banyak pon halangan yang menimpa. Insyallah, apa yang kita idamkan, akan tercapai. amin :)



   Aduhai, terasa panjang pulak entry untuk kali ni, maklum lah dah lama semek ni tak berbicara. hee tapi kalau duduk ngan pakwe aku, aku tak banyak cakap macam nih, cuma banyakkan nakal. hahaha :p oke, nak berbicara pasal give up? omg, tersentap angin aku sebenarnya, semestar3 lepas, pointer aku drop gila, mungkin terlalu banyak mala petaka yang menimpa aku, sampai aku jatuh bagaikan manusia yang tersorong-sorong di bawah kerusi. Bila aku tengok balik result lepas, rasa nak menangis sepuas hati, sebab sem tu aku tak dapat kejar dean list lagi :(, nak tahu kenapa? aku lalai, lalai, dengan terlalu ikutkan perasaan aku, sering tak pergii kelas. Sampaikan satu tahap, aku jatuh, jatuh seperti ditimpa tangga. :(




   0ke, kau orang tak dew time aku jatuh hari tu, kau orang boleh tengok aku publisih post ni, tapi kau orang mesti tak rasa kan, macam mana aku rasa, sakit, perasaan, give up semua bermain kat kepala aku. Tengok doremon menangis tu? comel tak? hee, aku bila menangis lebih kurang tu jugak lah, tapi mungkin lagi banjir kot. hee actually, aku bertekad nak grade diploma in dean list. hopefully kau orang doakan aku jugak tau. Aku idamkan untuk jadi berjaya, tapi ada satu saat, aku tak jangka yang aku akan jatuh. Setiap ujian yang allah bagi, aku jadikan pengajaran untuk aku berfikiran lebih dewasa. insyallah. yang penting aku nak capai matlamat aku untuk berjaya. :)





   Nak tahu tak? zaman sekarang, rupa bukan hanya ukuran untuk mencari pasangan hidup. Even kita cantik/ hensem sekali pon. Zaman sekarang, orang dah tak pandang semua tu. Nak tahu orang pandang apa? pelajaran yang kita miliki, kejayaan ditangan yang kita perolehi. So cantik/ hensem tu hanya subjective jew sekarang, yang penting ilmu di dada. Dengan ni, orang tak kan mudah pandang serong kan kita, tak mudah untuk mengeluarkan kata-kata. and one more thing biar kita dipandang tinggi dengan kejayaan yang kita cipta. go baby, go baby. hee :)


   Rasanya, sampai sini saja kot aku mampu ungkap. Nak pesan satu kat kau orang, ni pengalaman berdasarkan apa yang aku rasa, walau kita dilanda pelbagai masalah, jangan sampai abaikan pelajaran, ingat kita dibesarkan oleh kedua ibubapa kita dengan penuh didikan untuk kita berjaya. Tetapi jangan disebabkan masalah remaja sekarang seperti 'masalah dalam perhubungan' kita jatuh, kita lupa semua yang pernah kita idamkan. Ingat ibubapa yang telah besarkan kita, yang banyak berjasa kepada kita sampai kita menjadi manusia seperti sekarang. Nak tahu tak apa yang ibubapa kita nak? dia tak mintak kita untuk bagi wang untuk membela beliau, cukup dengan istilah 'berjaya' ea mampu memberi sejuta makna untuk kedua ibubapa kita. 



#aku pandai berbicara, tapi kadang kadang aku sendiri jatuh terlantai bagaikan mozek itu dipenuhi air sabun. ku pohon. suatu hari nanti setiap pengalaman aku dapat menjadikan aku manusia yang bergelar insan. anak yang bergelar kebahagian and kejayaan kepada ibubapa aku :). 


   abah, you are capital in mylife. even onedays angah dah ada husband, jasa abah, pengorbanan abah, angah akan kenang hingga akhir hayat :)



   Jangan lupa hayati lagu ni tau, ingat kita tak kan boleh berubah untuk menuju ke jalan yang benar and ke jalan kejayaan, kalau diri kita sendiri yang tak cuba untuk mengubahnya. be yourself :)

0 comments:

Post a Comment